Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tun Juhar menerima kunjungan hormat daripada CEO SEDIA

10:27pm 01/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 21 views Tempatan
Yaakub dan rombongan turut merakam kenangan bersama Tun Juhar.

Yaakub dan rombongan turut merakam kenangan bersama Tun Juhar.

KOTA KINABALU- Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA, Datuk Dr. Mohd. Yaakub Haji Johari bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Semasa kunjungan tersebut, Dr. Yaakub memberikan penjelasan tentang hala tuju prestasi dan maklumat terkini Koridor Pembangunan Sabah (SDC) fasa kedua serta fasa ketiga pada tahun ini.

“Sementara bagi fasa ketiga, penekanan lebih kepada usaha meningkatkan jaringan global dari segi aspek logistik, pembangunan infrastruktur dan kemudahan industri yang menyokong kegiatan penerbangan”,katanya.

Katanya, SEDIA dalam proses melengkapkan jaringan jalur lebar pada pertengahan tahun ini dan berharap akan ditingkatkan dengan lebih baik dengan bantuan penyertaan sektor-sektor awam.

“Sejak SDC dilancarkan 2008, SEDIA berjaya mengurangkan kadar pengangguran, meningkatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri telah tumbuh 5 peratus pada tahun lalu, walaupun ekonomi dunia tidak menentu.

“Ini jauh berbeza pada tahun 2011, apabila ekonomi kita mula terjejas, Sabah hanya berkembang pada kadar 2.1 peratus dan itu adalah satu peningkatan yang baik,”katanya
Pada fasa kedua, pihak SEDIA aktif menarik pelaburan komited pada tahap RM150 billion pada setakat akhir tahun lalu, jelasnya lagi.

“Daripada jumlah itu, RM 55 billion telah pun dilaksanakan dan hasilnya kalau kita lihat pembangunan di Kota Kinabalu dan keseluruhannya di negeri ini, tiada siapa yang boleh nafikan bahawa pembangunan berjalan dengan rancak”, ujarnya. -SayangSabah

Yaakub berbual mesra bersama Tun Juhar

Yaakub berbual mesra bersama Tun Juhar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan