Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar dikurnia Bintang Semangat Padi PPM

KOTA KINABALU :  Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin dikurniakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Bintang Semangat Padi.
 
Menurut Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh, majlis ringkas penganugerahan berlangsung pada kunjungan persatuan itu di Istana Negeri, pagi tadi.
 
“Penganugerahan ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PPM yang menggariskan Penaung Pengakap ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 
“Kemudian, di bawah naungan Seri Paduka adalah Penaung setiap negeri iaitu semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri.
 
“Ia merupakan tujuan utama kami berkunjung ke Sabah untuk melafaz dan memberikan pemasyhuran kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri sebagai penaung PPM di negeri ini,” jelasnya kepada media sebaik selesai mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar.
 
Dalam pada itu, Shafie mengalu-alukan penyertaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli pengakap khususnya kepada anak-anak muda.
 
Tambahnya, Transformasi Nasional 2050 (TN50) melalui pengakap merupakan suatu wadah terbaik dalam mengukuhkan permuafakatan dan menyatukan anak-anak bangsa.
 
Hadir sama Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Dr Mohamed Mukhyuddin Sarwani; Pesuruhjaya Latihan Negara, Ishak Mohd Jonid; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr Awang Zaini Suntim merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah./Penerangan-
Shafie (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penganugerahan Bintang Semangat Padi kepada Tun Juhar.

Komen


Berita Berkaitan