Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar berbuka puasa bersama warga TLDM

Tun Juhar (tengah) bersama Zahirudin (dua dari kiri), Nor Rizan (dua dari kanan), Azhar (kanan) dan Bungsu (kiri sekali).

KOTA KINABALU: Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Khamis malam.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri disambut Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman serta isteri Datin Mariam Suri Ahmad.

Beliau juga turut solat terawih bersama-sama 1000 orang warga pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Masjid Ibnu Battuta.

Hadir sama Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai, Azhar Matussin; SS Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz [email protected] Aziz Jaafar; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeoh Boon Hai./PENERANGAN​-

Tun Juhar menunaikan solat terawih bersama warga TLDM.

Komen


Berita Berkaitan