Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar akan hadiri DSA 2018

Kota Kinabalu : Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin akan menghadiri Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 pada 17 April ini.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya DatukPahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata acara tahunan itu akan diadakan bermula 16 hingga 19 April di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

“Tun Juhar akan bersama-sama kita dalam DSA dan kita berharap agar program ini akan menjadi pameran yang unggul di Asia Tenggara.

“Berbeza dengan tahun sebelumnya, pada tahun ini DSA akan bergabung dengan National Security Asia buat pertama kalinya di MITEC dengan 354 pempamer.

“Kita juga akan mengetengahkan beberapa syarikat tempatan Sabah yang terlibat dalam industri pertahanan, selain syarikat antarabangsa seperti yang disaran Tun Juhar,” jelasnya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Negeri, pada Isnin./Penerangan-

Tun Juhar (dua dari kiri) menerima kad jemputan ke DSA 2018 yang diserahkan Syed Zahiruddin.

Komen


Berita Berkaitan