Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tun Dr Mahathir, Isteri Sahkan Kehadiran Ke Perhimpunan Agung UMNO – Tengku Adnan

6:10pm 04/12/2015 Pak Roshan 95 views Mutakhir,Politik

umno

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri) akan datang,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan “Ceria Ke Sekolah’ dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata UMNO kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.

Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.

Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).

Taklimat presiden pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan diadakan pada sebelah malam, 8 Dis dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.

Tengku Adnan turut menolak desas desus kononnya terdapat pihak yang mahu membuat kacau sebaliknya melihat kehadiran kumpulan tertentu nanti lebih cenderung untuk memeriahkan suasana perhimpunan.

“Jadi janganlah ada puak-puak yang nak buat cerita atau putar belit mengatakan orang tertentu akan datang untuk mengganggu perhimpunan (Agung UMNO) dan saya tak percaya mereka akan membuat kacau,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan