Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tumpu perlawanan separuh akhir, ganjaran fikir kemudian

Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengendalikan latihan akhir di Padang Sintetik, Stadium Likas menjelang pertemuan Separuh Akhir pertama menentang Perak, ahad ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diharap dapat menawarkan ganjaran kepada pasukan Sabah sekiranya skuad Badak berjaya melangkah ke pentas final Piala Malaysia pada musim ini.

Menurut Pengurus Sabah, Datuk Juil Nuatim berkata, tidak dinafikan pemain mungkin mengharapkan sesuatu seperti ganjaran seandainya skuad Badak melangkah ke perlawanan akhir piala berprestij itu kali ini.

Katanya, ini memandangkan pasukan Perak sendiri telah dijanjikan insentif sebanyak RM15,000 seorang oleh kerajaan negeri jika berjaya ke pentas akhir Piala Malaysia.

Datuk Juil Nuatim. Gambar Fail SNT

“Jika keadaan mengizinkan khususnya kedudukan kewangan kerajaan negeri yang kukuh, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberi ganjaran kepada pasukan sebagai suntikan semangat kepada pemain,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad Badak di Stadium Likas, Kota Kinabalu petang tadi.

Sabah bakal bertandang ke Stadium Perak di Ipoh untuk aksi separuh akhir pertama, Ahad ini, sebelum melayani kunjungan Perak dalam aksi penentuan di Stadium Likas, 21 Oktober ini.

Mengulas mengenai perlawanan separuh akhir pertama itu, Juil yakin pemain Sabah akan mempamerkan perlawanan yang mantap dan lebih baik berdepan Perak bagi membawa pulang keputusan berharga dari Stadium Perak, Ipoh.

Dalam masa sama, beliau turut mengajak penyokong pasukan itu yang berada di Semenanjung supaya datang beramai-ramai ke Stadium Perak di Ipoh untuk memberi sokongan serta semangat kepada skuad kendalian Jelius Ating itu.

“Sabah FA mengajak semua rakyat Sabah di sekitar Perak, Lembah Klang dan mana-mana tempat di Semenanjung untuk meluangkan masa ke Stadium Perak, Ipoh bagi menyokong pasukan kita.

“Kehadiran penyokong Sabah tetap memberi suntikan semangat walaupun pada malam itu sorakan kita mungkin ditenggalami oleh penyokong tuan rumah” katanya. – SabahNewToday

Komen


Berita Berkaitan