Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tumpu aspek prasarana sekolah agama di Sabah-Arifin

3:18pm 27/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Tempatan
Arifin (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kategori guru perkhidmatan cemerlang.

Arifin (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kategori guru perkhidmatan cemerlang.

KOTA KINABALU- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) diseru agar memberi perhatian kepada aspek prasarana Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Sabah untuk meyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj. Mohd Arifin Mohd. Arif berkata JHEAINS perlu memberi tumpuan kepada sekolah daif, sekolah menumpang dan juga sekolah terbakar.
“JHEAINS akan memantau perkara tersebut dari masa ke semasa dan beberapa tindakan juga telah diambil termasuk membina sekolah baharu.
“Setakat ini, Sabah mempunyai¬†104 buah SAN, enam buah SMAN, sebuah Maahad Tahfiz yang bertaraf diploma dan 14 buah tadika,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari guru Ke-28 JHEAINS peringkat negeri Sabah, di Wisma Muis, disini, hari ini.
Tambahnya, JHEAINS juga akan mempertingkatkan kualiti pembelajaran pelajar-pelajar SAN dan SMAN dari masa ke semasa.
“Kebanyakan pelajar SAN dan SMAN berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Universiti Al-Azhar,Mesir,”katanya.
Hadir sama, Pengarah JHEAINS, Yusof Abd Abbas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS, Haji Ag. Omar Pg. Gana, guru-guru besar serta para pengetua SAN dan SMAN. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan