Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tukang tilik bongkar perogol

tukang tilik

London: Penderitaan seorang budak perempuan dicabul dan dirogol sejak berusia tujuh tahun berakhir selepas perkara itu terbongkar ketika tukang tilik yang membaca nasibnya memaklumkan kejadian itu kepada ibu saudara mangsa.

Mangsa pada mulanya menafikan selepas disoal ibu saudaranya, namun akhirnya mengakui dicabul sejak berusia tujuh tahun sebelum dirogol pada usia 12 tahun oleh lelaki warga Colombia John Aguiler-Paez, 37, yang bekerja sebagai pelayan.

Mangsa yang namanya dirahsiakan itu memberitahu Mahkamah Crown Snaresbrook perkara itu terbongkar selepas ibu saudaranya melawat tukang tilik kad tarot yang memaklumkan wanita terbabit bahawa ada orang ‘menyakitinya’.

Katanya, Aguiler-Paez juga sering memberinya hadiah dan wang untuk mendiamkannya, selain mengancam mangsa akan dipenjara, dibenci dan dipanggil pelacur jika mendedahkan perkara itu.

Aguiler-Paez didapati bersalah atas 12 tuduhan cabul dan rogol. Hakim Joanna Korner menetapkan 26 Mac untuk hukuman.

Aguiler-Paez yang datang ke United Kingdom pada 2002 dipenjara enam tahun pada Disember 2013 kerana menyeludup dadah dari Amerika Selatan.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan