Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tukang Tebang Pokok Maut Dihempap Pokok

2:36pm 05/09/2016 Pak Roshan 1657 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
Sekadar Gambar Hiasan

Sekadar Gambar Hiasan

KINABATANGAN : Seorang tukang tebang pokok maut selepas dihempap pokok yang ditebangnya di Hutan Kuamut di sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata mangsa dikenali sebagai Barau anak Rengie, 72, dari Kampung Karamunting, Sandakan.

Beliau berkata kemalangan itu disedari apabila mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat di Sandakan telah keluar bekerja pada pukul 6 pagi Sabtu lepas tetapi tidak pulang hingga pukul 6 petang.

Pengurus syarikat itu kemudiannya membawa beberapa pekerjanya untuk mencari mangsa dan mereka menjumpai mayat mangsa yang dihempap sebatang pokok tumbang pada pukul 4 pagi semalam, katanya.

A. Sahak berkata anak lelaki mangsa memberitahu bapanya turut menghidap sakit lemah jantung.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan