Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tukang sembelih ayam ditemui mati

tukangsebelih

NIBONG TEBAL : Seorang pembekal ayam dijumpai mati dengan dua kesan tetakan di kepalanya dipercayai dibunuh oleh seorang pekerja warga Myanmar di Jalan Changkat di sini, pagi tadi.


Tan Chye Sian, 40, ditemui mati di dalam sebuah bilik stor di kedainya kira-kira 10 pagi oleh ahli keluarganya yang gagal menghubungi.


Difahamkan, mangsa yang masih bujang sepatutnya memulakan perniagaan bersama seorang pekerja Myanmar seawal jam 4 pagi setiap hari.

Motif kejadian dipercayai berkaitan hal kerja dan suspek berusia 20 tahun telah melarikan diri.

Menurut keluarga mangsa, lelaki Myanmar itu sudah dua tahun bekerja dengan mangsa.

Komen


Berita Berkaitan