Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tukang paip paling berdedikasi popular di Internet

9:08am 04/08/2016 Pak Roshan 1558 views Global
GAMBAR menunjukkan hanya kaki Zhaofu kelihatan ketika dia menyelam ke dalam lubang untuk membaiki paip rosak. - Agensi

GAMBAR menunjukkan hanya kaki Zhaofu kelihatan ketika dia menyelam ke dalam lubang untuk membaiki paip rosak. – Agensi

Beijing: Seorang lelaki di China mendapat gelaran tukang paip paling berdedikasi selepas gambarnya menyelam di dalam lubang berlumpur untuk membaiki paip pecah viral di Internet.

Tukang paip berkenaan, Wang Zhaofu, 61, dilaporkan membaiki satu paip pecah di sebuah rumah di wilayah Jiangsu baru-baru ini.

Zhaofu dan seorang rakannya terpaksa menggali lubang untuk membaiki paip bawah tanah berkenaan, tetapi lubang itu dipenuhi air yang mengalir keluar.

Tanpa berfikir panjang Zhaofu masuk ke dalam lubang sedalam hampir satu meter itu untuk membaiki kerosakan paip berkenaan.

Seorang penduduk yang melihat Zhaofu menyelam dengan keadaan kakinya terjulur keluar dari lubang itu segera merakamkan gambar berkenaan.

Gambar itu dimuat naik di media sosial di China dan menjadi viral apabila pengguna Internet memuji dedikasi yang ditunjukkan Zhaofu.

Ramai pengguna laman sosial juga memberi gelaran kaki paling cantik kepada Zhaofu.

Zhaofu berkata, dia hanya menyelam selama satu minit sahaja kerana bimbang berada terlalu lama di dalam air berlumpur boleh menjejaskan kesihatannya.

“Paip yang pecah menyebabkan lubang yang kami gali dipenuhi air dan saya tiada cara lain untuk membaiki kerosakan berkenaan selain terpaksa menyelam.

“Saya terpaksa menyelam sebanyak empat kali untuk membaiki paip yang rosak berkenaan,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan