Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,780

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tukang masak nafi curi wang RM 500

4:52pm 26/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang tukang masak di sebuah restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM500.

Bendie Edward Chong, 30 sebagai pekerja di restoran Jepun Shiki Izakaya, Lintas Square mencuri wang milik premis tersebut pada jam lebih kurang 4.30 p.m., 21 Februari, lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 30 Mac depan untuk pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan