Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tukang masak gagal tunjuk kad pengenalan didakwa

KOTA KINABALU- Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini kerana gagal mempamerkan dokumen diri kepada pihak polis.

Tertuduh, Moris Mansibor, 31 didakwa melakukan kesalahan tersebut apda 31 Disember, tahun lalu di kawasan lapang Taman Ridgeview, Fasa 12, Luyang pada jam 12.10 pm.

Bagi pertuduhan tersebut, Moris didakwa dibawah Seksyen 25 (1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000, jika disabitkan kesalahan

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan pada hari ini dan tertuduh akan terus ditahan sehingga tarikh sebutan kes.

Pendaftar Mahkamah Rendah Rita Kunsoi menetapkan tarikh 14 Januari, depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan