Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tukang Gunting Rambut Mengaku Salah Raba Pelanggan 

KOTA KINABALU- Seorang lelaki didenda sebnyak RM25 atau penjara selama dua hari oleh Mahkamah Majistret setelah megaku meraba salah seorang daripada pelanggannya.
Tagung Sali, 45 yang merupakan tukang gunting rambut mengaku telah melakukan perbuatan yang memalukan itu di sebuah salun di Likas pada 20 November, tahun ini jam 11.50 am.
Tertuduh yang tidak diwakili dihukum di bawah Seksyen 8 (1) (e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 25.
Menurut fakta kes, tertuduh telah ditangkap pada 22 November, tahun ini setelah satu laporan polis oleh mangsa telah dibuat terhadap tertuduh yang menyatakan bahawa si mangsa telah diraba semasa ingin mengunting rambut di salun tersebut.
Dalam mitigasi, tertuduh mohon kepada Majistret Stephanie Sherron Abbie agar denda minima dikenakan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut di masa hadapan.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. -Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan