Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh warga Indonesia dipenjara dan denda kerana guna dokumen pengenalan palsu

4:04pm 25/11/2016 Pak Roshan 19 views Jenayah,Mutakhir
TERTUDUH…Faridah (empat dari kanan) Salmah (dua dari kanan) Mirnawati (lima dari kanan) Senanghati (tiga dari kanan) Suriadi Baba (empat dari kiri) Mohamad Siri (lima dari kiri) Baba (tiga dari kiri)

TERTUDUH…Faridah (empat dari kanan) Salmah (dua dari kanan) Mirnawati (lima dari kanan) Senanghati (tiga dari kanan) Suriadi Baba (empat dari kiri) Mohamad Siri (lima dari kiri) Baba (tiga dari kiri)

SANDAKAN: Akibat menggunakan dokumen pengenalan sementara palsu dan kad pengenalan palsu, tujuh orang warga Indonesia dihukum penjara 24 bulan dari tarikh ditangkap dan denda RM4,000 atau penjara 6 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis.

Majistret Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu kepada Faridah Malik, 48, Salmah Ambotang, 41, Mirnawati Ahmad, 25, Senanghati Benga, 37, Suriadi Baba, 23, Mohamad Siri Kanna, 57 dan Baba Sappe, 42.

Hukuman dijatuhkan setelah kesemua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan di sebuah rumah bernombor di sekitar kawasan penempatan dalam daerah ini pada 11 November lalu.

Kesemua mereka dihukum di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, kesemua mereka berjaya ditangkap oleh pasukan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan dan Polis dari Balai Polis Sandakan dalam Ops ID Khas JPN di kawasan dan tarikh berkenaan.

Semasa pemeriksaan dan semakan kad pengenalan dengan Bahagian Rekod Kad Pengenalan di JPN didapati cap-cap jari dan gambar pada rekod kad pengenalan yang dimiliki tertuduh tidak merujuk kepada mereka (tertuduh) dan ketika ditahan mereka tidak memiliki sebarang pengenalan diri yang sah.

Hasil siasatan mendapati, Faridah iaitu isteri kepada Mohamad Siri bertindak sebagai agen dan memainkan peranan utama dalam kumpulan kecil tersebut bagi urusan dokumen pengenalan sementara dan kad pengenalan palsu itu.

Mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh merujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari JPN, Mohd Fazdhly B.Abdul Razak. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan