Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TUJUH SYARIKAT PERLOMBONGAN PASIR SUNGAI DIARAH BERHENTI

Junz (kiri) menunjukkan laporan pemerhatian pengambilan batu/pasir sungai di Keningau. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh syarikat yang menjalankan aktiviti pengambilan batu dan pasir sungai di Keningau diarah memberhentikan operasinya serta merta.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, syarikat-syarikat yang terlibat itu menjalankan operasi pengambilan batu pasir sungai secara haram dan memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

Katanya, beberapa pengoperasian syarikat lain juga sedang dinilai dari segi lesen menjalankan perniagaan berkenaan dan kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA).

Sementara itu, Junz menambah, tidak ada lesen membekal batu pasir dikeluarkan di Keningau untuk pengambilan batu dan pasir sungai sama ada pemohonan baharu mahupun pembaharuan lesen.

“Pembekuan terhadap pengeluaran lesen tersebut adalah untuk melihat impak jangka panjang aktiviti-aktiviti pengambilan batu dan pasir sungai terhadap kesan hakisan tebing sungai dan tanah-tanah yang berhampiran.

“Pembekuan ini juga akan dapat mengawal aktiviti-aktiviti pengambilan batu dan pasir sungai yang dijalankan secara haram.

“Kerajaan hanya akan mempertimbangkan semua permohonan pembaharuan lesen membekal batu pasir setelah kajian impak tersebut diteliti,” katanya dalam satu sidang media selepas sesi soal jawab di Pesidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-15 di sini hari ini.

Junz berkata, kementeriannya bersama-sama Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Keningau telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke tapak pengorekan pasir di Keningau baru-baru ini.

Jelasnya, mereka juga mendapati terdapat sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengorekan batu pasir tanpa lesen atau secara haram dan diarahkan untuk menghentikan operasinya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan