Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh sekeluarga nekad minum racun

minum racun

GARA-gara berang dengan tindakan pihak berkuasa merampas tanah dan merobohkan kediaman mereka, sebuah keluarga dari Beijing, China bertindak melakukan percubaan bunuh diri beramai-ramai dengan meminum racun perosak di luar ibu pejabat syarikat sebuah akhbar.

Sekumpulan dua wanita dan lima lelaki dari wilayah Jiangsu melakukan bantahan selepas kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka dirobohkan lima tahun lalu dan tidak pernah diberikan apa-apa pampasan sebagai balasan.

Saksi kejadian berkata kepada Daily Mail, dia melihat bagaimana kumpulan itu menjerit menuntut keadilan sebelum mengeluarkan botol plastik dan minum kandungan cecair serta jatuh ke tanah sambil memegang leher dalam keadaan kesakitan.

“Saya dengar mereka jerit tuntut keadilan tetapi tiada siapa yang memberi perhatian. Kemudian mereka minum sesuatu dan rebah dengan mulut berbuih. Situasi itu adalah sangat mengejutkan,” katanya.

Difahamkan, sebelum cubaan bunuh diri mereka ada mengedarkan risalah dan poster dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan, namun usaha mereka gagal dan menyebabkan mereka mengambil jalan terakhir iaitu mengadakan demonstrasi di luar pejabat akhbar China Youth Daily.

Polis memaklumkan, empat daripada mereka kini semakin stabil manakala tiga yang lain berada dalam keadaan kritikal.

Tujuh sekeluarga terbaring di depan pintu masuk rumah mereka

Komen


Berita Berkaitan