Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh Rakyat Indonesia Dipenjara 24 Bulan Miliki Dokumen, Kad Pengenalan Palsu

8:54am 25/11/2016 Pak Roshan 488 views Jenayah,Mutakhir

mykad-600x366

SANDAKAN : Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM4,000 terhadap tujuh rakyat Indonesia kerana memiliki Kad Pengenalan dan Dokumen Sementara palsu.

Majistret Suhailla Selag memerintahkan mereka dipenjara 6 bulan jika gagal membayar denda itu.

Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas Faridah Malik, Salmah Ambotang, Mirnawati Ahmad, Suriadi Baba, Mohamad Siri Kanna, Baba Sappe dan Senanghati Benga, yang di antara 23 hingga 57 tahun, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan-Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lot 2, Tingkat A3, Bangunan Nombor 3, Jalan Dua, Bandar Sandakan kira-kira 9.10 malam, 11 Nov 2016.

Suhailla memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman daripada tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman itu.

Mengikut fakta kes kesemua tertuduh dan sepasang suami isteri ditahan dalam satu serbuan oleh anggota penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lima anggota polis di rumah berkenaan.

Pemeriksaan mendapati kesemua kad pengenalan dan dokumen yang dalam pemilikan mereka tiada dalam data simpanan JPN.

Pegawai Pendakwa JPN Mohd Fazdhly Abdul Razak mengendalikan pendakwaan kes itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan