Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh Pelatih Wanita Jalani Latihan Dengan Petronas Di Sabah

petronas

KOTA KINABALU: Buat pertama kali sejak penubuhannya, Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC) di Papar yang dikendalikan Petronas menerima tujuh pelatih wanita.

Kesemua mereka dari Sabah melapor diri bersama 13 pelatih lelaki pada 24 Jun lepas dan menjalani program orientasi selama empat hari.

Pada program penutupan majlis orientasi itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Khas, Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Wan Zulfakrurazi Wan Abd Majid berkata program itu mendapat sambutan menggalakkan dari beliawanis di Sabah.

“Ini merupakan perkembangan positif di kalangan muda-mudi di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Serantau Petronas Sabah dan Labuan.

Kumpulan tersebut akan menjalani latihan di kampus baharu pusat latihan itu yang terletak berhadapan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT).

Seorang pelatih, Syaza Syazwanie, 18, berkata dia membuat keputusan untuk mengikuti kursus instrumentasi dan kawalan kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu.

“Ibu bapa saya menggalakkan saya untuk mengikuti program ini,” katanya.

KTC setakat ini melakukan empat pengambilan pelatih dengan kumpulan pertama sebanyak 23 orang yang menamatkan pengajian Julai tahun lepas dan hampir kesemuanya berkerja dalam industri minyak dan gas.

Kumpulan kedua melibatkan 24 pelatih menamatkan latihan bulan lepas dan kini bersedia untuk diambil oleh industri.

Komen


Berita Berkaitan