Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh Pelajar Univerisiti Awam Sukarela Mengajar Anak Jalanan Di Kunak

7:52pm 08/08/2016 Pak Roshan 2267 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Oleh Asmah Ali

KUNAK : Menyedari pentingnya pendidikan bagi setiap individu, sekumpulan tujuh pelajar universiti awam mengambil inisiatif melaksanakan ‘Sekolah Jalanan’ bagi anak-anak jalanan sekitar Pasar Kunak di sini.

Program ini sudah mereka mulakan sejak seminggu lepas dan dijalankan pada Isnin hingga Jumaat dari 2.30 hingga 4 petang.

Sharmilah Abbas, 22, mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata idea mengajar ini datangnya daripada kenalan di Facebook yang turut mengadakan Sekolah Jalanan di sekitar pasar Kota Kinabalu dan Tawau.

Katanya dia dan rakan-rakan terasa terpanggil untuk mengadakan aktiviti yang sama di daerah ini, disebabkan komuniti anak-anak jalanan ini semakin bertambah kebanyakannya adalah anak Pala’u, komuniti hidup di perahu dan hidup berpindah-randah.

Menurutnya terdapat 10 kanak-kanak jalanan berusia lapan hingga sebelas tahun kini mengikuti program ini secara tetap yang tidak ada asas membaca, menulis dan mengira.

“Selama seminggu pengajaran ini berlangsung, penerimaan anak-anak jalanan ini sangat memberangsangkan kerana mereka mempunyai semangat dan minat untuk belajar.

“Melihat anak-anak jalanan ini bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira…ia membakar semangat kami untuk terus membantu mereka,” katanya kepada Bernama, di sini.

Sharmila berkata kos perbelanjaan untuk membeli peralatan mengajar seperti buku latihan, pensel, pemadam dan makanan adalah hasil daripada wang saku mereka sendiri yang dikumpul.

Katanya disebabkan kanak-kanak itu masih tidak mengetahui asas belajar 3M (Membaca, Menulis, Mengira), mereka memberi tumpuan kepada pengajaran ABC untuk mengenal huruf terlebih dahulu.

Seorang lagi sukarelawan, Khusniah Za’eimah Chaco, 22, yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata dia teruja melihat anak-anak jalanan ini bersorak walaupun baru belajar empat huruf.

“Oleh itu, saya percaya pengajaran secara berperingkat dan berulang dapat membantu mereka untuk lebih mengingati perkara yang dipelajari,” katanya.

Aktiviti anjuran pertubuhan bukan kerajaan NISA Kunak itu turut disertai Nurfarah Ain Jufrey, 20; Sholeha Acho, 22; dan Rubyana Abdul Radji, 22.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan