Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh pelajar UMS menerima biasiswa REPSOL tajaan Talisman Malaysia Ltd.

10:11pm 11/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 143 views Pendidikan,Tempatan
Mr Duncan Smart (dua dari kiri barisan belakang) dan Rosalam (tiga dari kiri barisan belakang) bersama tujuh orang penerima biasiswa Respol.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mr Duncan Smart (dua dari kiri barisan belakang) dan Rosalam (tiga dari kiri barisan belakang) bersama tujuh orang penerima biasiswa RESPOL -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU- Tujuh orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Anugerah Biasiswa REPSOL tajaan Talisman Malaysia Ltd, hari ini.

Pengurus Aset Sabah, Talisman Malaysia Limited, Duncan Smart berkata bahawa pemberian biasiswa tersebut dapat menggalakkan para pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar menceburi bidang tersebut.

“Biasiswa tersebut mampu menghasilkan graduan tempatan yang berkebolehan dan dapat memenuhu permintaan industri khususnya dalam sektor minyak dan gas,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis penyerahan Anugerah Biasiswa REPSOL, di Magellan Sutera Harbour Resort, disini.

Sehubungan itu, menurut beliau, biasiswa yang disediakan meliputi bayaran penuh yuran pengajian dan elaun sara hidup di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk menjadi pelatih di syarikat tersebut.

Selain itu, sejumlah RM 1.3 juta dana diperuntukkan oleh syarikat tersebut untuk diberikan kepada pelajar yang layak bagi sesi pembelajaran 2016/2017 di kesemua universiti yang terlibat.

Program biasiswa REPSOL merupakan salah satu tanggungjawab sosial syarikat Talisman Malaysia Ltd kepada pelajar yang meneruskan pengajian di beberapa buah universiti tempatan yang terpilih termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan UMS.

Hadir sama, Dekan Fakulti Kejuruteraan, UMS, Prof. Ir. Dr Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan, Prof. Madya Dr Razak Mohd Ali Lee dan Ketua Perhubungan Komuniti Talisman Malaysia Ltd, Eddie Abdullah. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Penerima biasiswa respol menunjukkan sijil penerimaan biasiswa mereka. Gambar oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Penerima biasiswa RESPOL menunjukkan sijil penerimaan biasiswa mereka. Gambar oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan