Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh PATI ditahan pasukan ESSCOM di Sandakan

11:12am 27/11/2016 Pak Roshan 272 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

LAHAD DATU: Seramai tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Pasukan Keselamatan yang diterajui oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam operasi yang diadakan di daerah Sandakan.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini, semalam, berkata kesemua PATI itu telah ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis marin yang sedang melakukan rondaan ops Pensura Khas di kawasan pesisir pantai batu 7 daerah itu sebelum mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, sebaik menyedari kehadiran bot ronda pasukan polis marin, juragan bot berkenaan dikatakan telah bertindak memecut dan melarikan diri bagi mengelak daripada ditahan oleh pasukan keselamatan, namun malangnya bot berkenaan telah terkandas di kawasan hutan bakau, tidak jauh daripada kawasan berkenaan.

“Juragan bot bertindak untuk terjun ke dalam laut dan melarikan diri ke kawasan hutan bakau yang berhampiran dan gagal dikesan.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan, pasukan terbabit telah menemui empat penumpang lelaki dan tiga penumpang wanita dalam bot berkenaan tanpa mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki pendatang asing tanpa izin daripada negara Filipina.

“Turut disita sebuah perahu dan sebuah unit enjin sangkut 60 hp jenis Yamaha yang digunakan dalam aktiviti berkenaan, Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai melebihi RM22,000.00,”katanya sambil menambah kesemua suspek telah ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002).

Sementara itu, dalam satu operasi berasingan di Semporna, Pasukan Polis Marin daerah itu telah merampas 36 tong gas jenama petronas dan menahan seorang juragan ketika memeriksa sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan kampung Bangau-Bangau kira-kira jam 10.00 pagi, pada Ahad.

“Siasatan lanjut mendapati juragan berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen atau surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membawa barang kawalan berkenaan.

“Kita juga turut merampas sebuah perahu, dua buag unit enjin Pam Yamaha 15 hp dan satu tong minyak, kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM 17,880.00.

“Suspek dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk tindakan selanjut. Kesalahan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,”ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Abdul Bari turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang telah berjaya mengekang dan menggagalkan beberapa percubaan menyeludup barang-barang bersubsidi yang banyak merugikan ekonomi Negara”.

“Saya juga meminta kerjasama orang ramai agar melaporkan kepada ESSCOM sekiranya melihat sebarang aktiviti yang mencurigkan dan melanggar undang-undang negara termasuk penyeludupan kepada Pusat Operasi ESSOM ditalian 089-863181 untuk tindakan selanjutnya”, katanya lagi. – SabahTimesOnline

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan