Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh Pati Ditahan Dalam Operasi Di Tawau

 

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di sekitar pusat bandar ini, semalam.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata dalam operasi selama dua jam setengah bermula 2.30 petang itu di beberapa tempat tumpuan di Jalan Sin Onn dan kawasan pusat membeli-belah Eastern Plaza, seramai 94 individu diperiksa.

“Hasil pemeriksaan dan tapisan, tiga lelaki dan empat wanita ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan melanggar peraturan Imigresen di bawah Seksyen 6(1)(c).

Noraini turut meminta orang ramai memaklumkan kepada Jabatan Imigresen jika mengetahui lokasi PATI berada atau bersembunyi, dan pihaknya akan menjalankan operasi dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan