Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh PATI Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Tawau

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan membeli-belah sekitar Jalan Apas, semalam.

Ketua Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata dalam operasi bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) itu, empat yang ditahan adalah wanita warga Filipina dan Indonesia berumur 16 hingga 38 tahun.

Beliau berkata kesemua yang ditahan adalah sebahagian daripada 103 individu yang diperiksa dalam operasi hampir empat jam itu.

“Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Mohd Sharifuddin Salim bermula 2.30 petang hingga 6 petang di beberapa kawasan membeli-belah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noraini berkata kesemua yang ditahan itu melanggar Seksyen 6(1)(c) Peraturan Imigresen.

Beliau juga meminta orang ramai agar memaklumkan kepada jabatan berkenaan sekiranya mereka mengetahui lokasi PATI di daerah tersebut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan