Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh PATI dihukum penjara

KOTA KINABALU- Seramai tujuh orang lelaki bukan warganegara dihukum penjara antara empat hingga lima bulan oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan masuk ke negeri ini secara haram.

Mahkamah turut memerintahkan semua tertuduh dihantar pulang ke negara asal masing- masing sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Semua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 45 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mengikut kesalahan itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM 100,000 atau hukuman penjara lima tahun atau kedua- duanya sekali serta sebatan sehingga enam kali.

Hakim Azreena Aziz turut memerintah lima orang tertuduh lelaki dikenakan sebatan, manakala hukuman sebatan tidak dikenakan ke atas dua orang tertuduh yang selebihnya disebabkan faktor usia yang masih muda. Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan