Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh Lelaki Dalam Bot Kumpit Ditahan Langgar Perintah Berkurung

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot kumpit bersama tujuh lelaki dari Filipina kerana melanggar perintah berkurung di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), pada Ahad.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madon berkata lelaki berusia antara 33 dan 52 tahun ditahan pada pukul 7.07 malam dalam Op Paradise di kawasan perairan Kampung Wakuba selepas didapati berada di kawasan larangan.

“Bot kumpit itu berlepas dari pelabuhan Tawau untuk balik ke negara mereka (Filipina),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya juragan bot itu gagal menunjukan permit polis untuk berada di kawasan perintah berkurung pada waktu dan tempat berkenaan.

Perintah berkurung di ESSZone mulaim 7 malam hingga 5 pagi berkuat kuasa sehingga 17 April ini membabitkan jarak tiga batu nautika dari kawasan pantai daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan