Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh korban nahas helikopter

11:39am 24/11/2015 Pak Roshan 11 views Global
ANGGOTA bomba I berusaha memadamkan kebakaran pada rangka helikopter berkenaan.

ANGGOTA bomba I berusaha memadamkan kebakaran pada rangka helikopter berkenaan.

Srinagar: Tujuh orang, termasuk juruterbang sebuah helikopter terbunuh apabila pesawat itu yang dalam penerbangan pulang selepas menghadiri satu upacara agama Hindu terhempas di wilayah Kashmir yang dikuasai India, semalam.

Helikopter berkenaan terhempas selepas berlepas dari bandar Katra, berhampiran kuil Vaishnodevi di Jammu di utara India.

Kuil berkenaan amat popular dalam kalangan penganut Hindu dan menarik kunjungan jutaan orang setiap tahun.

“Tujuh orang, termasuk juruterbang wanita, mati dalam nahas itu. Kami masih menyiasat punca kejadian,” kata ketua polis Jammu, Inspektor Jeneral Danish Rana.

Rakaman yang disiarkan menerusi televisyen menunjukkan rangka pesawat itu bertaburan di kawasan lapang sementara polis berusaha mengawal puluhan orang yang mengerumuni tempat kejadian.

Kuil itu terletak 60 kilometer ke utara Srinagar, bandar utama wilayah di utara India itu.

Sebahagian penganut Hindu memilih menggunakan khidmat helikopter persendirian untuk pergi dan pulang dari Katra di kawasan pergunungan Trikuta daripada menggunakan jalan darat yang dianggap lebih berbahaya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan