Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tujuh Kedai Makan Dikompaun RM4,500

gambar hiasan
gambar hiasan

LABUAN : Sebanyak tujuh kedai makan di pulau ini dikenakan kompaun berjumlah RM4,500 selepas gagal mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Sub-Peraturan 11 iaitu lima kes, dan masing-masing satu di bawah Sub-Peraturan 34 dan 35.

Menurutnya sebelum ini jabatan itu tidak terlalu tegas menguatkuasakan peraturan berkenaan walaupun ia berkuasa kuasa sejak 2010.

“Namun jumlah kesalahan di bawah peraturan itu semakin meningkat walaupun semua pengendali makanan sudah diberi taklimat sebelum ianya dikuatkuasakan.

“Jadi, sudah masanya untuk kami menguatkuasakannya supaya pengendali makanan mematuhi peraturan itu demi kepentingan perniagaan dan kesihatan orang ramai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya walaupun sudah diingatkan berkali-kali, masih ada kedai makan yang tidak mematuhi peraturan menghantar pekerja mereka menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin, gagal menjaga kebersihan premis serta tidak menyimpan makanan di tempat yang betul.

“Semua kesalahan ini dikesan sewaktu operasi kami pada 1 Mac lepas. Kami akan terus mendidik mereka mengenai aspek kesihatan dan cara yang betul untuk mengendalikan makanan.

“Kami bukannya menghukum pengendali makanan tetapi hanya melindungi pengguna dan perniagaan,” katanya.

Menurut Dr Ismail masih ada kompaun yang dikeluarkan pada minggu ini tetapi jumlah itu masih belum dikemaskinikan sehingga hari ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan