Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,779

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tujuh Bengkel Kereta Dan Kedai Perkakasan Di Labuan Diberi Amaran

1:03pm 10/11/2015 Pak Roshan 2129 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN : Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan telah mengeluarkan surat peringatan kepada bengkel-bengkel kereta dan perkakasan di sini agar mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

Agensi penguatkuasaan itu melakukan operasi pada Isnin berikutan aduan dan mengenai caj buruh dan alat ganti yang terlalu tinggi.

Pegawai penguatkuasanya Mohd Fikri Lai Abdullah berkata tujuh premis di kawasan perindustrian Rancha-Rancha dan berhampiran Sg Kinabenua telah diperiksa dan diberi amaran supaya mempamerkan tanda harga untuk barang-barang ganti dan caj buruh kepada pengguna.

“Mereka tidak boleh mengenakan caj secara cakap mulut tanpa dipamerkan tanda harga, terma dan caj buruh di premis mereka untuk rujukan pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Antara premis yang diperiksa ialah Wong Brothers Workshop and Services Sdn Bhd, AMW Workshop Sdn Bhd, Advance Mobile Workshop, Sykt Labuan Automobile Sdn Bhd, Ghee Hua Co. Sdn Bhd, Mega Jaya General Services dan Wong Hup Auto Trading.

Beliau berkata kebanyakan alat ganti diimport dan dibawa masuk ke pulau ini melalui tanah besar Sabah dan Semenanjung.

“Tidak ada tindakan diambil terhadap para pemilik premis tetapi amaran dikeluarkan supaya mereka mematuhi peraturan dan undang-undang serta mengamalkan etika perniagaan yang baik,” jelasnya.

Sehubungan itu Mohd Fikri menasihat para pelanggan membekalkan diri dengan pengetahuan terhadap hak mereka di bawah undang-undang bagi mengelakkan diri menjadi mangsa peniaga yang rakus.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan