Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tugu budaya etnik Sabah Ke-9 promosi budaya Sabah

Christina menyempurnakan gimik perasmian.

KOTA KINABALU: Tugu Budaya Etnik Sabah Ke-9 adalah program unik dan efektif bagi mempromosikan budaya Sabah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew berkata, Tugu Budaya Etnik Sabah merupakan satu komponen yang penting dalam penganjuran Sabah International Folklore Festival (SIFF) pada 2009.

“Tugu Budaya Etnik Sabah merupakan program yang unik dan efektif mempromosikan budaya Sabah kepada negara luar,” katanya selepas merasmikan pelancaran Promosi Tugu Budaya Etnik Sabah Ke 9 – International Youth Folk Dance Festival 2018 di perkarangan Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing, hari ini.

Dalam penganjuran Tugu Budaya Etnik Sabah ke-8 pada 2017, program ini telah berjaya menarik seramai 17 penyertaan dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, dan tiga penyertaan dari sekolah-sekolah antarabangsa iaitu negara Russia, Indonesia dan Filipina.

Pada tahun ini, penganjuran Tugu Budaya Etnik Sabah ke-9 telah diperluaskan untuk menerima penyertaan sekolah-sekolah dari luar negara.

Dalam pada itu, program ini turut diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah di Malaysia./PENERANGAN​-​

Para tetamu kehormat dalam sesi bergambar beramai-ramai.

Komen


Berita Berkaitan