Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tugas polis semakin mencabar

Abdul Malek memeriksa perbarisan kawalan kehormat anggota PDRM IPD Keningau. - foto Kalawon Sawing
Abdul Malek memeriksa perbarisan kawalan kehormat anggota PDRM
IPD Keningau. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Tugas dan tanggungjawab pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini adalah lebih berbanding kira-kira 39 tahun yang lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Abdul Malek Harun berkata, persepsi masyarakat terhadap PDRM pada hari ini juga amat berbeza jika dibanding pada zaman dahulu dengan pelbagai andaian negatif masyarakat terhadap pegawai dan anggota PDRM.

“Justeru, anggota PDRM yang merupakan agensi utama dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bagi mengatasi persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM” katanya semasa menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota sempena lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini hari ini.

Abdul Malek berkata, masyarakat perlu sedar bahawa PDRM adalah satu agensi atau organisasi yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang menjadi pelanggan kepada PDRM.

Dalam pada itu katanya, peranan PDRM dalam menurunkan kadar jenayah secara berterusan perlu diletakkan sebagai agenda perkhidmatan kerana jika jenayah kerap berlaku ia akan menimbulkan perasaan takut masyarakat.

Katanya, selain memberi perkhidmatan kepada komuniti masyarakat, usaha membenteras jenayah dan menjaga keamanan orang awam, PDRM juga perlu menyampaikan dasar kepolisan kepada masyarakat setempat.

Pada masa sama, Abdul Malek menegaskan para anggotanya agar sentiasa menjaga imej kepolisan ke arah yang lebih berintegriti bagi mengelak pandangan negatif pelbagai pihak terhadap anggota PDRM. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan