Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tugas mempertahankan keselamatan negara adalah tanggungjawab semua rakyat

4:57pm 18/06/2016 Leolerry Lajius 155 views Tempatan
Hamisa (tengah) mengambil gambar kenangan bersama pasukan keselamatan di Kem Kukusan Tawau.

Hamisa (tengah) mengambil gambar kenangan bersama pasukan keselamatan di Kem Kukusan Tawau.

Tawau : Tugas mempertahankan keselamatan negara adalah tanggungjawab semua rakyat, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, kerjasama rakyat untuk bersama-sama menjaga keselamatan mereka khasnya kawasan kediaman antara cara mewujudkan suasana hidup yang aman dan damai.

“Anggota tentera dan anggota keselamatan yang lain tidak dapat berada di semua tempat.

“Kita sebagai rakyat di negara ini, harus memainkan peranan sekiranya berdepan dengan anasir-anasir yang boleh menggugat keselamatan negara kita,” katanya semasa penyerahan kuih raya di Pos Kawalan Kalabakan.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu turut menyatakan, antara peranan rakyat ialah dengan membendung penularan gejala-gejala mencurigakan oleh individu atau kumpulan yang tidak dikenali di kawasan kediaman mereka.

Tambah beliau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung merupakan pasukan keselamatan yang penting di peringkat akar umbi.

“Rakyat harus memaklumkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mereka curiga tentang aktiviti segolongan individu di kawasan mereka kerana dengan cara ini kita dapat membendung penularan gejala tidak diingini,” jelasnya.

Menurut Hamisa, tahap keselamatan di peringkat akar umbi yang tinggi akan meningkatkan keyakinan anggota keselamatan untuk mengelak pencerobohan di sempadan negara.

“Keselamatan negara adalah perkara yang harus dititiberatkan dan ia merupakan tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankannya,” ujarnya.

Terdahulu beliau turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota pasukan keselamatan di Kem Kukusan Tawau./SayangSabah

Hamisa menyerahkan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang menjaga Pos Kawalan di Kalabakan Tawau.

Hamisa menyerahkan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang menjaga Pos Kawalan di Kalabakan Tawau.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan