Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tuduhan Terbaharu Sabotaj Politik Berterusan Terhadap PM

pj

KUALA LUMPUR – Tuduhan terbaharu, bersumberkan daripada beberapa penyiasat tidak dinamakan, yang dijadikan asas untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan sabotaj politik yang berterusan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

PMO dalam satu kenyataan berkata terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu global sekarang.

“Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai,” kata PMO sambil menambah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1Malaysia Development Bhd telahpun menyatakan ia tidak pernah menyediakan dana kepada perdana menteri, kata PMO. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan