Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TUDM Buat Penerbangan Ihsan Bawa Anggota TLDM

8:50pm 23/10/2016 Pak Roshan 278 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

sb04_231016_tentera-read-o

SANDAKAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengalami lumpuh separuh badan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Anggota itu, Mohd Hata Salleh, 33, berasal dari Mersing, Johor, mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya di Batu 4, Sandakan pada 21 Sept lepas.

Beliau merupakan Bintara Teknikal kepada Skuodron Bot Kombat (CB90 HEX) yang berpengkalan di Markas Pangkalan Hadapan TLDM Sabah Timur (MPHST).

Pesawat C-130 TUDM yang melakukan ‘Medical Evacuation’ (MEDEVAC) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan ke Pangkalan Udara Subang pada jam 3.30 petang ini.

Panglima Pangkalan Hadapan, Laksamana Pertama, Datuk Saifudin Kamarudin berkata Mohd Hata menerima rawatan di Hospital Sandakan selama 28 hari selepas kemalangan itu.

Saifuddin berkata secara kebetulan pesawat TUDM itu dalam rangka menghantar bekalan logistik di Tawau, Sandakan, Labuan, Kota Kinabalu dan Butterworth sebelum ke Subang dan membuat penerbangan ihsan itu.

Katanya disebabkan penerbangan ihsan itu mengambil masa yang panjang, pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menghantar Dr. Liew Suet Lai bagi mengiringi dan memantau keadaan pesakit.

Turut mengiringi pesakit adalah ibu dan adiknya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan