Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,749

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tubuhkan jawatankuasa pembangunan ekonomi untuk perkenalkan produk pertanian

3:52pm 22/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 0 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri disaran menubuhkan sebuah jawatankuasa pembangunan ekonomi dalam memperkenalkan produk pertanian yang berpotensi tinggi untuk dipasarkan.

Datuk Rubin Balang (BN- Kemabong) berkata melalui penubuhan jawatankuasa tersebut, para petani dapat menceburi industri pertanian yang berdaya saing untuk mengeluarkan hasil produktiviti pertanian berkualiti tinggi.

” Contohnya, seperti di negara Thailand dan negara Taiwan yang kini banyak memperkenalkan produk pertanian yang bermutu tinggi, manakala negara Netherland di Holland merupakan pengeluar makanan yang kedua terbesar dari Amerika Syarikat sebelum ini dengan strategi pemasaran yang bersistematik dan unggul,” katanya

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sabah 2017 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Menurut Rubin, peruntukan jabatan pertanian untuk kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) haruslah mencukupi dan melibatkan mereka yang pakar dalam mengeluarkan hasil pertanian.

” Saya berharap agar pengagihan peruntukan oleh setiap kementerian dan jabatan mengambil kira daerah- daerah atau kawasan yang sangat memerlukan kearah menyelesai masalah rakyat di negeri ini khususnya di kawasan pendalaman,” katanya.

Disamping itu, Rubin turut menyeru kepada kerajaan negeri agar menaiktaraf jalan raya di beberapa kawasan di sekitar daerah Tenom khususnya di daerah kecil Kemabong.

Menurutnya, terdapat tiga jalan raya termasuklah Batu Lapan Sapong, Kampung Paal Seberang, Jalan Binsilon- Tumantalik seringkali ditenggelami air apabila musim tengkujuh.

” Saya mohon kepada pihak JKR supaya menaiktaraf jalan- jalan tersebut dengan meninggikan struktur jalan- jalan ini agar tidak mudah ditenggelami air,” katanya.

Dalam masa sama, Rubin turut menggesa Kementerian Pendidikan agar menyediakan prasarana pendidikan yang selesa kepada pelajar di sekitar daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong.

” Saya mohon agar Kementerian Pendidikan menggantikan bangunan sekolah di sekitar daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong demi keselesaan para murid dan guru,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan