Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tubuh jawatankuasa bangun Sabah sebagai pusat kesukanan tradisi terkemuka

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menjadikan Sabah sebagai Pusat Kesukanan Tradisi terkemuka di rantau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018, Datuk Peter Anthony berkata penubuhan jawatankuasa ​tersebut adalah untuk memperhalusi cadangan dan mengemukakan pendapat mereka kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

“Telah tiba masanya Sabah memberikan naratif ba​ha​ru kepada sukan tradisi dengan membangunkannya menjadi Festival Sukan Tradisi.

“Jika Sarawak boleh menganjurkan World Rainforest Music Festival dan menjadikan ia sebuah acara berprestij dan berkepentingan global maka Sabah juga boleh lakukannya perkara yang sama untuk Sukan Tradisi.

“Cita-cita untuk menjadikan Sabah sebagai Pusat Kesukanan tradisi terkemuka ini supaya generasi muda Kada​z​an Dusun dan Murut (KDM) tahu asal usul mereka dan dapat meneruskannya supaya mereka tidak hilang kompas budaya dan tradisi dalam arus kemodenan,”​ ​​katanya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Pameran dan Sukan Tradisi Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Penampang, pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar, Christina Liew ; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 merangkap Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang dan Konsul Jenderal Republik Indonesia untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Krishna Djelani./PENERANGAN​-​

Peter semasa mencuba permainan tradisi yang turut diketengahkan sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Komen


Berita Berkaitan