Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tuah pinjam lampu perahu pakcik

5:22pm 11/09/2016 Leolerry Lajius 101 views Kota Kinabalu,Tempatan
Rosnah menyampaikan hadiah kepada Syahmi sambil diperhatikan Pegawai Daerah, Adnan Attin (dua dari kanan) dan Pegawai Penerangan Daerah, Ag Zebulbahari Ag Tusof (kiri).

Rosnah menyampaikan hadiah kepada Syahmi sambil diperhatikan Pegawai Daerah, Adnan Attin (dua dari kanan) dan Pegawai Penerangan Daerah, Ag Zebulbahari Ag Tusof (kiri).

PAPAR :   Idea meminjam lampu perahu milik pakcik dan modal RM20 nyata berhasil dan berbaloi kata Muhammad Syahmi Sulaiman, 13, apabila diumum sebagai Juara Pertandingan Basikal Merdeka Sempena Program Semarak Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah.

Pelajar Tingkatan 1 Bestari di SMK Takis itu bercita-cita menjadi angkasawan negara dan dia telah memanfaatkan sepenuhnya daya kreativiti dan inovasi yang dianugerahkan Yang Maha Pencipta sejak berusia 10 tahun.

“Ketika Darjah 5 dahulu, saya menjuarai pertandingan basikal berhias, kemudian Darjah 6 saya mendapat naib juara dalam pertandingan peringkat SK Kuala.

“Kali ini, saya beranikan diri mencuba nasib dalam pertandingan terbuka untuk menimba pengalaman dan bersaing dengan orang dewasa.

“Saya hanya menggunakan Jalur Gemilang, bendera Sabah dan bahan-bahan yang saya beli pada tahun lalu.

“Bapa tolong bagi idea buat logo tema Hari Kebangsaan Sehati Sejiwa dan saya pula membuat hiasan lampu termasuk lampu belakang tu.

“Lampu tu sebenarnya kepunyaan pakcik saya yang dia pasang di perahu, saya hanya pinjam untuk pertandingan ini.

“Alhamdulillah, rezeki saya dan bapa yang selalu tolong beri idea setiap kali saya sertai pertandingan, terima kasih bapa!” ceritanya dengan riang sambil melambai ke arah bapanya, Sulaiman Othman, Pegawai Pembangunan Masyarakat, 56 berasal dari Kota Belud.

Syami (tengah) bersama rakan-rakan sekampungnya, Adib (kiri) dan Syukri (kanan).-Penerangan

Syami (tengah) bersama rakan-rakan sekampungnya, Adib (kiri) dan Syukri (kanan).-Penerangan

Pesaing terdekat Syahmi, Muhd Adib Banin Ismail, 18, pelajar Semester 1 Diploma Kulinari Uitm Cawangan Sabah pula gembira mendapat naib juara dalam percubaan kali pertama.

“Ini kali pertama saya, syukur mendapat naib juara dan tahun depan saya akan mencuba lagi.

“Saya menghabiskan kira-kira RM300 termasuk kos membeli semburan cat dan bendera serta jalur gemilang,” luah Adib.

Rakan sekampung Syahmi, Muhd Syukri Abdul Ghani, 25, graduan Kolej Yayasan Sabah tidak menyangka penyertaannya sekadar untuk suka-suka mendapat tempat ketiga.

Dia berharap pertandingan seumpama akan diteruskan pada masa akan datang demi menggelorakan semangat patriotisme dalam kalangan orang muda sepertinya sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Hadiah mereka disampaikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Pentas Terbuka Kg Kuala, pada Sabtu malam./PENERANGAN

Basikal Merdeka yang memenangi juara, naib juara dan tempat ketiga.-Penerangan

Basikal Merdeka yang memenangi juara, naib juara dan tempat ketiga.-Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan