Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tuah pasu pada antiknya

9:53am 19/10/2016 Pak Roshan 35 views Global
Pasu bunga yang dibeli dengan harga RM52 sebenarnya berharga RM155,000.

Pasu bunga yang dibeli dengan harga RM52 sebenarnya berharga RM155,000.

London: Rezeki terpijak bagi seorang lelaki apabila pasu bunga terpakai yang dibelinya dengan harga £10 (RM52) ketika jualan but kereta sebenarnya barangan antik berusia sekurang-kurangnya 220 tahun dan bernilai £30,000 (RM155,000).

Daily Mail melaporkan lelaki itu membeli pasu setinggi 12 sentimeter itu sebelum memuat naik naik gambar pasu berkenaan di eBay dan apabila mendapati lelongan di eBay mencecah lebih £10,000 (RM52,000), dia menarik balik pasu berkenaan dari eBay dan membawanya ke sebuah firma penilaian untuk menilai harga pasu itu.

Dia terperanjat apabila ketua jabatan seni Asia di firma itu, John Axford memberitahu pasu berkenaan berharga kira-kira £30,000. Axford turut menjumpai lambang Qianlong iaitu maharaja keenam dinasti Qing menunjukkan pasu berkenaan berkemungkinan dibuat di bengkel istana Beijing antara 1736 hingga 1765.

Pasu yang serupa dipamerkan di Muzium British dan pasu dibeli lelaki berkenaan akan dilelong firma penilaian itu pada 15 November ini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan