Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tuah Muka Hodoh

9:04am 23/11/2015 Pak Roshan 527 views Global
SERE membuat aksi lucu ketika menyertai pertandingan Mr Ugly 2015 di Harare, Zimbabwe.

SERE membuat aksi lucu ketika menyertai pertandingan Mr Ugly 2015 di Harare, Zimbabwe.

Harare, Zimbabwe: Seorang penganggur diumum sebagai pemenang pertandingan lelaki paling hodoh di Zimbabwe apabila mengalahkan 35 peserta yang lain.

Mison Sere membawa pulang hadiah wang tunai AS$500 (RM2,141) selepas disahkan pemenang Mr Ugly 2015 yang berlangsung di sini pada Jumaat lalu.

Sere yang tidak mempunyai beberapa gigi depan berkata, dia sangat gembira apabila menewaskan penyandang gelaran Mr Ugly sebanyak tiga tahun berturut-turut.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memenangi gelaran ini. Pada tahun lalu saya menduduki tempat keempat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana mengiktiraf wajah saya,” katanya.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan