Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tuah kepah

9:58am 26/02/2016 Pak Roshan 7 views Global
Lindsay menunjukkan mutiara yang ditemui.

Lindsay menunjukkan mutiara yang ditemui.

Washington: Seorang wanita menghabiskan AS$35 (RM147) untuk hidangan pasta dinikmati ketika makan malam di sebuah restoran Itali, tanpa menyangka mendapat rezeki lebih besar apabila menemui mutiara bernilai kira-kira AS$600 (RM2,500).

Lindsay Hasz yang makan bersama suaminya hampir patah gigi kerana tergigit mutiara berwarna ungu itu.

“Saya menyangka ia subang milik kakitangan restoran berkenaan dan terkejut melihat ia sebenarnya permata,” katanya.

Katanya, selepas menemui mutiara itu dia membawa permata berkenaan ke pakar gemologi yang mengesahkan ia bernilai.

Pengarah Institut Geologi Northwest, Ted Irwin berkata, mutiara itu spesies Quahog ungu yang jarang didapati dan boleh ditemui dalam kepah di negeri di persisiran Lautan Atlantik khususnya New England.

“Pada mulanya saya tidak percaya ketika wanita itu membawa mutiara berkenaan kepada saya kerana sudah banyak kali melihat kes seperti ini yang rupanya palsu.

“Namun, alangkah terkejut apabila melihat mutiara itu memang permata sejati,” katanya.

Dia menganggarkan mutiara itu seberat lebih satu karat dan bernilai AS$600 dengan kebarangkalian menemui permata berkualiti seperti itu ‘satu dalam sejuta.’

Sementara itu, Lindsay enggan menjual mutiara itu walaupun mampu meraih untung, sebaliknya menyimpannya sebagai azimat yang akan dijadikan rantai.

Pemilik restoran berkenaan, Montalcino Ristorante Italiano, Fernando dan Cindy Nardone juga gembira dengan penemuan itu.

Cindy berkata: “Ini membuktikan kami sentiasa menghidangkan yang terbaik untuk pelanggan.

“Malah, sejak berita itu diketahui penduduk tempatan, semakin ramai pelanggan yang datang memesan hidangan sama dengan harapan menemui nasib sama.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan