Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tua tapi muda

Penyakit misteri menyebabkan Xiao kelihatan berpuluh-puluh tahun lebih tua berbanding rakan sebayanya.

 

Beijing: Apabila melihat Xiao Cui buat kali pertama, anda pasti percaya lelaki ini berusia sekurang-kurangnya 80 tahun tetapi sebenarnya dia berumur 18 tahun dalam masih belajar di sebuah sekolah tinggi di Harbin, China.

Xiao sebenarnya mengalami sejenis penyakit sangat jarang ditemui yang menyebabkan otot dan kulit mukanya mengendur menjadikan remaja itu kelihatan berpuluh-puluh tahun lebih tua berbanding usianya sebenar.

Dalam satu wawancara dengan portal Pear baru-baru ini, Xiao memberitahu, dia mula mengesan gejala penyakit itu ketika di sekolah rendah lagi dan sejak itu kulitnya semakin mengendur sehingga kelihatan seperti lelaki tua.

Doktor sehingga kini masih gagal memahami penyakit itu apatah lagi untuk menghentikan atau mengembalikan wajah Xiao kepada sedia kala.

Situasi itu menyebabkan Xiao tiada pilihan selain menerima keadaan dirinya dan kekal positif.

Remaja itu mengakui kadang kala dia berasa sedih apabila ada orang yang mempersendakan wajahnya tetapi ujarnya, satu-satu cara menangani situasi itu adalah dengan kekal positif.

“Saya menipu sekiranya saya berkata saya tidak mengendahkan penampilan saya tetapi saya seorang yang sentiasa positif. Itu adalah kekuatan diri saya,” katanya.

Bagaimanapun, Xiao bernasib baik, walaupun penyakit itu menjadikannya kelihatan tua tetapi ia tiada kesan negatif terhadap kesihatannya.

Atas sokongan keluarga dan rakan-rakannya Xiao bertekad untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa dan terus belajar untuk mencapai cita-citanya memasuki universiti.

Xiao juga adalah pelajar cemerlang dan gurunya yakin dia akan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di China serta berjaya dalam apa jua bidang yang diambilnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan