Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TTS kenakan kompaun ke atas enam pengusaha pelancongan langgar peraturan

KOTA KINABALU, 6 Sept (Bernama) — Sebanyak enam pengusaha pelancongan dikenakan dikompaun berjumlah RM4,000 kerana  melakukan aktiviti pelancongan yang melanggar peraturan di sekitar Taman Tunku Abdul Rahman.

Mereka adalah sebahagian daripada 15 pengusaha pelancongan yang diperiksa dalam Ops Pancing selama dua hari bermula 4 Sept lepas oleh Unit Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah (TTS).

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Operasi TTS, Maipol Spait berkata operasi berkenaan dilaksanakan berikutan pelbagai aduan yang diterima pihaknya berhubung pelanggaran peraturan oleh pengusaha pelancongan di lima pulau yang menjadi destinasi pelancongan dalam Taman Tunku Abdul Rahman, yang merupakan sebuah taman laut yang dilindungi berhampiran Kota Kinabalu.

“Jumlah kompaun dikenakan kepada pengusaha pelancongan bagi kesalahan melakukan aktiviti bot ‘banana’ dan layar-layang di kawasan yang tidak benarkan ialah masing-masing RM1,000 manakala kompaun kesalahan bagi memancing di kawasan larangan ialah RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Maipol tiga pengusaha pelancongan yang melakukan kesalahan dengan tidak memasang bendera menyelam ketika melakukan selaman pula masing-masing dikompaun sebanyak RM500.

Maipol berkata terdapat juga pengusaha pelancongan yang diberikan amaran oleh TTS sepanjang operasi berkenaan kerana melakukan kesalahan kecil selebihnya di bawah Enakmen Taman-Taman 1984.

Beliau juga menegur sikap sesetengah pengusaha pelancongan di kawasan Taman Tunku Abdul Rahman kerana didapati memasukkan aktiviti memnacing dalam pakej pelancongan mereka meskipun memancing di kawasan TTS merupakan satu kesalahan.

Sementara itu, Maipol berkata sebelum ini pihaknya  juga telah beberapa kali memberi penerangan berkenaan dengan aspek keselamatan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi  semua  pengusaha  pelancongan ketika berada di kawasan TTS.

 

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan