Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TTAR masih mampu menampung jumlah kedatangan pelancong yang banyak- Masidi

4:20pm 20/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Laporan Sidang DUN,Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Dari kiri, Masidi, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Datuk Hajiji Noor, Datuk Haji Ghulam Haidar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini.

Dari kiri, Masidi, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Datuk Hajiji Noor, Datuk Haji Ghulam Haidar semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini.

KOTA KINABALU- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata pulau- pulau di Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) masih mampu menampung jumlah kedatangan pengunjung yang banyak di pulau- pulau yang terbabit.

Menurut beliau, had tampungan di beberapa pulau di TTAR hanya akan melebihi daripada jumlah had tampungan yang ditetapkan pada musim atau hari perayaan yang tertentu seperti Tahun Baru Cina.

Katanya, berdasarkan kajian had tampungan yang dibuat pada tahun 2014, hanya pulau Sapi sahaja yang melampaui had tampungan yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin berkenaan jumlah pelancong yang mengunjungi TTAR serta langkah-langkah kementerian dalam memastikan keseimbangan ekologi dan industri di TTAR.

Masidi berkata sebanyak 396,097 orang pelancong mengunjungi TTAR sepanjang tahun 2015 dan 60 peratus daripada jumlah tersebut merupakan pelancong asing iaitu seramai 238,228 orang.

“Jika dipecahkan mengikut pulau, pulau yang paling ramai pengunjung ialah Pulau Sapi (161,761 atau 41 peratus), diikuti Pulau Manukan (122,070 atau 31 peratus), dan Pulau Mamutik (96,519 atau 24 peratus), dan selebihnya ke Pulau Gaya,”katanya.

Disamping itu, menurut beliau, Taman- Taman Sabah melaksanakan kajian Pelan Pengurusan dan Pembangunan TTAR pada tahun 2015.

Katanya, antara stnggu oleh akrategi yang digariskan dalam pelan tersebut ialah penzonan keseluruhan kawasan TTAR kepada beberapa zon seperti kawasan pelancongan dan rekreasi, kawasan menyelam dan kawasan menyelam dan kawasan pembangunan resort.

“Sebahagian besar kawasan darat mahupun kawasan laut TTAR adalah kawasan yang dilindungi dan tidak terganggu oleh aktiviti manusia,”katanya. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan