Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TRUS- MID dan Bengkel Pembangunan Keusahawanan 2015 Bantu Para Usahawan Tingkat Hasil Jualan

7:30am 02/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 48 views Perniagaan,Tempatan
Datuk Hj Hashim (tengah kanan) menyampaikan sijil serta pembungkusan baru kepada para peserta TRUS- MID 2015

Datuk Hj Hashim (tengah kanan) menyampaikan sijil serta pembungkusan baru kepada para peserta TRUS- MID 2015

KOTA KINABALU- Pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah komited dalam melaksanakan strategi pemerkasaan ekonomi bumiputera yang telah diumumkan baru-baru ini bagi mencapai wawasan 2020.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, Datuk Bolkiah Hj Ismail, pihak kementerian telah menganjurkan pelbagai kursus kemahiran dan aktiviti-aktiviti pemasaran di sepanjang tahun ini.

“Kedua-dua Program Transformasi Usahawan Sabah (TRUS-MID) dan Bengkel Keusahawanan MID 2015 dirangka supaya para peserta tidak hanya sekadar hadir dan menerima bantuan kerajaan, tetapi juga diberikan pelbagai maklumat yang perlu dan penting agar lebih berdikari untuk lebih maju ke hadapan”, katanya ketika merasmikan majlis penutupan TRUS-MID dan Bengkel Pembangunan Keusahawanan 2015, di hotel le Meridien, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, Datuk Hj Hashim Paijan.

Disamping itu, menurut beliau lagi, kedua-dua program tersebut telah memberi impak yang positif terhadap usahawan-usahawan yang mengikut program-program itu.

“Jumlah jualan produk para usahawan yang terlibat dalam kedua-dua program ini telah meningkat dan bilangan usahawan yang mendapat pensijilan halal Malaysia juga telah meningkat”, kata beliau.

Program TRUS-MID 2015 kali ini telah disertai oleh seramai 25 orang para usahawan dimana melalui program tersebut mereka telah mendapat sejumlah pembungkusan yang baharu dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan menepati standard pasaran global secara percuma.

Manakala, sebanyak 15 peserta yang terpilih dari seluruh pelusuk negeri Sabah didedahkan kepada penyediaan rancangan perniagaan yang baik bagi memantapkan ilmu perniagaan mereka menerusi Program Bengkel Keusahawanan MID 2015.

Kedua-dua program tersebut telah berlansung semenjak dari bulan Jun, tahun ini. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan