Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Trump, Sanders menang besar di New Hampshire

10:35am 11/02/2016 Pak Roshan 3 views Global
TRUMP (tengah) menunjukkan isyarat ‘bagus’ ketika berucap pada kempen pengundian calon presiden di Manchester, New Hampshire.

TRUMP (tengah) menunjukkan isyarat ‘bagus’ ketika berucap pada kempen pengundian calon presiden di Manchester, New Hampshire.

Manchester (Amerika Syarikat): Donald Trump dan Bernie Sanders masing-masing menang pengundian calon presiden di New Hampshire, pada ujian besar kedua untuk menjadi calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Kemenangan Sanders – yang mengakui dirinya sosialis demokratik yang mahukan ‘revolusi politik’ – seterusnya menyebabkan kekalahan Hillary Clinton yang tetap mampu tersenyum menghadapi kekalahan itu selain mengaku perlu bekerja lebih keras untuk pemilihan selanjutnya.

Di pihak Republikan, serangan Trump terhadap politik Amerika disambut baik pengundi yang memberikannya kemenangan pertama dalam persaingan yang masih di peringkat awal itu, seterusnya mengukuhkan kedudukannya walaupun tumpas di Iowa, minggu lalu.

Mesej positif dan bersemangat Gabenor Ohio, John Kasich berjaya meletakkannya di tempat kedua yang mungkin membahayakan kedudukannya ketika Parti Republikan memikirkan calon yang cukup kuat untuk mencabar Trump.

Trump melakukan apa yang diperlukan – mencapai kemenangan kukuh selepas kekalahannya di Iowa menimbulkan persoalan terhadap strateginya menggunakan kemahiran persembahan selain menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berjaya.

Berdasarkan keputusan dari 92 peratus kawasan, Trump meraih 35 peratus undi berbanding 16 peratus oleh Kasich, manakala pemenang di Iowa, Ted Cruz mendapat 12 peratus diikuti bekas gabenor Florida Jeb Bush dan Marco Rubio.

Sanders – bekas senator AS yang menganggap New Hampshire sebagai tempat sendiri – meraih 60 peratus undian mengalahkan Hillary (38 peratus) berdasarkan keputusan dari 93 peratus kawasan.

Pihak berkuasa berkata, jumlah pengundi semalam adalah luar biasa.

Sejak kira-kira 60 tahun lalu, kebanyakan calon yang menjadi Presiden Amerika Syarikat memenangi pusingan awal di New Hampshire.

Namun, tiga presiden yang terakhir – Barack Obama, George W Bush dan Bill Clinton – tetap menjadi presiden walaupun kalah di New Hampshire. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan