Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Truck Askar terbabas: Dua maut, lima parah dan 19 cedera

4:58pm 13/03/2016 Leolerry Lajius 1489 views Tempatan
Keadaan Truck yang dinaiki mangsa.

Keadaan Truck yang dinaiki mangsa.

RANAU: Dua orang askar berpangkat Prebet maut selepas Truck Askar yang dinaiki mangsa terbabas ke tepi jalan di Jalan Ranau-Telupid, pagi tadi.

Mangsa Pbt Mohamad Zaim bin Salhudin dan Pbt Sharil Afizat Bin Mohamad maut dalam kejadian tersebut yang  juga turut menyebabkan seramai lima orang penumpang yang lain mengalami cedera parah dan 19 orang lagi mengalami kecederaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian  melibatkan truck yang membawa 26 orang penumpang menuju ke arah Telupid tersebut pada jam 11.39 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 50 kilometer itu pada jam 12.42 tengahari.

Sebelum ketibaan  jentera bomba mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam dan juga  ambulan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan