Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tribunal tangguh kes terhadap SPNB

Salasnain Timbun (kanan) dan Fatimah Etin menunjukkan peta lot perumahan asal yang dibuat semasa perjanjian beli rumah dengan SPNB. - foto Ille Tugimin
Salasnain Timbun (kanan) dan Fatimah Etin menunjukkan peta lot perumahan asal yang dibuat semasa perjanjian beli rumah dengan SPNB. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) menangguhkan pendengaran tuntutan oleh pembeli rumah, Salasnain Timbun dan Fatimah Etin terhadap Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Taman Vista, Minintod, Penampang, dekat sini.

Presiden TTPR negeri, Datuk Ahmad Sedik memutuskan demikian di sini hari ini selepas pembeli didapati gagal mengemukakan bukti dan asas kukuh tuntutannya terhadap pemaju berkaitan perjanjian pembeliaan perumahan.

Ketika mengumumkan penangguhan itu berkata, tribunal akan membuat keputusan dalam tempoh sebulan untuk menyemak dan meneliti tuntutan yang dibuat oleh pembeli setelah hanya mengemukakan bukti secara lisan.

“Bahan bukti yang dikemukakan oleh pengadu kepada tribunal adalah SPNB tidak melayan aduan mereka. Tribunal berpandukan bahan bukti yang nyata. Ini kerana tugas saya hanya memberi keputusan berpandukan maklumat di hadapan saya,” katanya.

Beliau turut memberikan amaran kepada SPBN supaya tidak membuat perjanjian berlainan apabila berurusan dengan pembeli, manakala pembeli pula diminta usah menyerahkan 100 peratus urusan jual beli rumah kepada pemaju kerana ia dikhuatiri menimbulkan masalah kepada kedua-dua pihak.

Dalam tribunal itu, Ahmad turut memanggil tiga wakil daripada SPNB yang mengendalikan projek perumahan itu untuk memberikan keterangan masing-masing.

Sementara itu, dalam keterangannya, Salasnain memberitahu tribunal mengenai ketidapuasan hati terhadap perjanjian pembelian rumah di antaranya dan SPNB yang tidak mengikut syarat awal berkaitan kedudukan lot atau lokasi rumah yang dipersetujui kedua-dua pihak semasa.

Menurut Salasnain, dia juga belum mengambil kunci rumah berkenaan daripada SPNB meskipun ia telah siap sepenuhnya pada 2014.

Dalam pada itu, SPNB selaku responden memberitahu pembeli telah mendapat faedah kewangan sebanyak RM22,599 yang dibayar oleh SPNB pada tahun lalu di atas kelewatan menyerahkan kunci rumah kepada pembeli.

Wakil SPNB, Nor Aziman Abdul Wahab menjelaskan, dalam kes itu penuntut sudah pun mendapat faedah daripada rumah yang didiami dengan pembayaran RM22,599.40 sebagai pampasan mendapat kunci lambat.

“Dalam kes ini, penuntut sudah mendapat faedah daripada rumah yang didiaminya. Jadi, saya tida nampak kewajaran tuntutan daripada penuntut kerana faedah menduduk rumah tersebut telah diterima. Bermaksud di situ penuntut telah bersetuju untuk menerima rumah seperti seperti mana yang dibuat dalam perjanjian,” ujarnya.

Bagi pendengaran kes kedua, Ahmad berkata, penuntut disaran membawa kesnya ke Mahkamah Sivil untuk menuntut ganti rugi atas faktor tertipu dengan perjanjian beli rumah yang dibuat dengan agen SPNB pada 2010 di pusat beli-belah City Mall, termasuk setelah membuat pembayaran RM1,000.

Katanya, ini kerana rumah berkenaan tiada sijil menduduki (OC) daripada pihak berkuasa tempatan kerana masih belum siap dan tuntutan lisan tanpa surat aduan atau bukti kukuh tidak boleh dibuat dalam tribunal. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan