Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tribunal arah Relitop Corp bayar RM97,334 kepada 8 pembeli

KENINGAU: Tribunal  Tuntutan Pembeli Perumahan hari ini memerintahkan syarikat pemaju perumahan Relitop Corporation Sdn Bhd supaya membayar ganti rugi RM97,334.30 kepada lapan orang pembeli perumahan Taman MDK Fasa 4B di sini.

Pembayaran ganti rugi tersebut berikutan kelewatan syarikat berkenaan menyiapkan projek perumahan itu mengikut tempoh yang telah ditetapkan seperti yang terkandung dalam perjanjian sewa beli.

Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan, Datuk Ahmad Sedik juga memerintahkan membayar ganti rugi berkenaan kepada pembeli terbabit dalam tempoh 21 hari dari tarikh perintah dikeluarkan hari ini.

Bercakap kepada media selepas prosiding tuntutan itu di Mahkamah Majistret di sini, Ahmad berkata bahawa pihak pemaju gagal mengemukakan bukti kukuh berkaitan kelewatan tersebut.

“Walaupun pihak pemaju terbabit ada mengemukakan beberapa alasan secara bertulis berkaitan kelewatan projek berkenaan termasuk disebabkan faktor cuaca, kekurangan bahan dan kelewatan penyambungan bekalan elektrik oleh SESB, tetapi ia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka,” katanya.

Menurut beliau, pihak pemaju juga gagal membawa saksi-saksi berkaitan untuk menyokong alasan yang dikemukakan semasa perbicaraan yang dijalankan pada tahun lepas.

Mereka yang menerima bayaran ganti rugi itu terdiri dari Muhammad Haziq Ab Rahman berjumlah RM13,958.10 dengan kelewatan 348 hari, Nor Azian Sapiai RM12,714.70 (317 hari), Noor Shaheda Binti Amir Khairul Anuar RM9,345.53 (233 hari), Syukriah Binti Abdullah RM14,519.60 (362 hari), Md Khairidhir Bin Md Ali Matar RM11,631.78 (290 hari), Habsah Binti Shafiee RM12,393.86 (309 hari) dan Ho Lin Jin @ Magret RM22,290.41 (450 hari) dan Norjafilus Bin Abdul Jabar RM481.32 (12 hari). – Oleh Kalawon Sawing / sayangsabah

- Gambar Hiasan
– Gambar Hiasan

Komen


Berita Berkaitan