Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Trauma naik pesawat

ARSAD menunjukkan lokasi pesawat Fokker 50 terhempas.
ARSAD menunjukkan lokasi pesawat Fokker 50 terhempas.

Tawau: Tragedi pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang tesasar daripada landasan lalu meletup di hadapan mata bukan saja memalit sejarah hitam bagi penduduk Kampung Sri Menanti, di sini, tetapi mewujudkan perasaan Aviophobia atau trauma menaiki pesawat udara hampir sedekad.

Kejadian malang membabitkan pesawat enjin turboprop berkembar membawa 53 penumpang bersama anak kapal dari Kota Kinabalu yang terlajak 500 meter dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.50 tengah hari pada 15 September 1995 mengorbankan 34 individu, termasuk dua juruterbangnya selain sembilan penduduk cedera.

Mengimbau peristiwa hitam itu, penduduk Arsad Najahalli, 56, mengakui sukar melupai detik sebaik pesawat berkenaan merempuh perkampungan mereka yang terletak di hujung landasan lapangan terbang itu.

“Kejadian berlaku pada hari Jumaat ketika kebanyakan penduduk lelaki beragama Islam berada di masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Ketika itu, saya berada di rumah dan baru pulang dari tempat kerja untuk makan tengah hari,” katanya ketika ditemui. – HMetro

Komen


Berita Berkaitan