Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Transformers disaman

transformer

BEIJING: Pemilik sebuah taman alam di China memfailkan saman terhadap penerbit Transformers terbaru kerana gagal memuatkan logo taman berkenaan dalam filem terbaru mereka.

Akhbar China Daily melaporkan, Kumpulan Pelancongan Chongqing Wulong Karst yang mengendalikan kawasan dipenuhi gaung serta gua di barat daya China yang menjadi lokasi penggambaran beberapa babak di dalam filem berkenaan mencapai persetujuan dengan penerbit Transformer untuk memasukkan logo mereka dalam filem itu namun ia dimungkiri.

Syarikat itu menuntut supaya Paramount Pictures dan syarikat sekutunya di China membayar pampasan lebih 20 juta yuan (RM10.3 juta).

Transformers amat popular di China dan banyak syarikat daripada pengeluar susu hingga bank berpusu-pusu menjalin kerjasama dengan filem berkenaan untuk kepentingan produk mereka.

“Mereka yang tidak pernah ke Chongging tidak akan tahu babak berkenaan dirakamkan di Wulong disebabkan logo kami tidak turut ditunjukkan,” kata pengurus pemasaran Li Chu.

Seorang pekerja di mahkamah Chongging berkata, Wulong memfailkan saman Selasa lalu namun mahkamah hanya akan memutuskan minggu depan sama ada membenarkan kes itu diteruskan.

Bagaimanapun, laporan lain menimbulkan tanda tanya mengenai persetujuan antara Wulong dengan penerbit filem berkenaan.

Sekutu Paramount di China, m1905.com dalam satu kenyataan di laman webnya berkata ia kesal logo Wulong tidak dipaparkan dalam filem berkenaan dan menyifatkan perkara itu sebagai kesilapan komunikasi.

Transformers: Age of Extinction menjadi filem paling laris di China apabila merekodkan jualan lebih AS$280 juta (RM888 juta) setakat ini. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan